Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Sunday, December 30, 2012

Crumble Pearls

Kak Ram merupakan pelanggan tetap saya :-) kali ini beliau inginkan design crumble dari glass pearls untuk baju kurung dari jenis fabric chiffon.

Saya jahitkan di bahagian tangan baju kurung dengan glass pearls dari pelbagai saiz dan warna. Inilah hasilnya yang mendapat pujian dari Kak Ram. Terima kasih Kak Ram.


Crumble pearls di bahagian tangan baju


Pelbagai saiz dan warna 


gabungan glass pearls dan glass beads

Crumble Lace Red & Black

Tempahan ini datangnya dari Nik yang berada di Putrajaya. Inginkan design crumble untuk baju kurung merahnya.

Saya gunakan lace gabungan warna merah dan hitam untuk menyerlahkan lagi jahitannya. Dijahit dengan pelbagai jenis sequin, glass pearls, glass beads dan aryclic stone.

Inilah hasilnya yang memberi kepuasan pada Nik. Terima kasih dear :-)


Crumble Lace di bahagian tangan baju


Dihiasi dengan aryclic stone, sequin dan glass beads


Aryclic stone dijahit di bahagian daun lace dan dihiasi dengan glass pearls

Crumble Gold Lace

Tempahan ini dari sahabat saya, Surniza untuk baju adik iparnya. Inginkan design crumble lace di bahagian leher dan juga hujung tangan baju kurung modennya.

Saya jahitkan dengan pelbagai jenis glass pearls, glass beads dan sequin. Saya juga mengunakan fabric flower untuk memberikan kelainan di atas lace yang berwarna gold.

Inilah hasilnya.


Bahagian Leher & Tangan Baju 


Fabric Flower


Pelbagai jenis glass pearls, sequin & glass beads

Saturday, December 29, 2012

Bunga Telur - Teddy Bear

"Bunga Telur" merupakan penyeri dan juga cenderahati kepada tetamu di dalam setiap majlis keraian terutama majlis perkahwinan, dan majlis cukur rambut.

ZHB menghasilkan kelainan didalam hiasan "Bunga Telur" iaitu pengunaan span. Ia boleh menghasilkan pelbagai jenis kraf, antaranya "Teddy Bear". Teddy Bear ini dijadikan sebagai bunga telur yang menarik dan boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut citarasa pelangan.

Ia juga amat sesuai dijadikan cenderahati di dalam majlis yang melibatkan kanak-kanak.

Kepada yang berminat, sila email tempahan anda sekarang.


Bunga Telur - Teddy Bear


Blue Teddy Bear - Front & Back


Purple Teddy Bear - Front & Back