Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Thursday, December 23, 2010

Sweet Black Pink

Diubahsuaikan di bahagian leher blaus diatas permintaan pemiliknya. Saya hanya jahitkan lace yang bewarna hitam dan diserikan dengan pink chuncky stone, sequin dan diamond swarovski.


Friday, December 3, 2010

Tempahan dari Kak Shiha - KL

Permintaan empunya baju yang merupakan pelanggan tetap saya ingin kelaian dari baju - baju sebelumnya. Terlalu meminati aryclic stone, saya design kan satu corak yang sesuai untuknya dipakai pada pagi hari raya aidil adha. Gabungan pelbagai jenis manik, sequin dan aryclic stone yang pelbagai warna, saya satukan di dalam design saya ini. "Cantiknya Za.....akak suka sangat-sangat, anyway thanks" itulah ungkapan yang saya terima pabila beliau melihat bajunya. Alhamdullillah :)









Persalinan untuk Majlis Pernikahan - Juliana

Adik saya, Juliana meminta saya jahitkan manik untuk persalinan pernikahanya. Mengunakan franch lace untuk bahagian bajunya dan satin di bahagian kainnya. Saya hanya mengunakan 2 jenis manik yang sama warna, sequin dan juga beberapa chuncky stone bewarna gold untuk di bahagian kainnya. Di bahagian bajunya saya jahitkan manik beriring sebanyak 2 line. Setiap corak di bajunya saya jahitkan manik bewarna gold mengikut warna lacenya. Kainnya pula saya rekakan corak mengunakan lebihan lace. Inilah hasilnya.













Seberang Lautan

Saya menerima sms dari customer baru saya yang berada di Miri, Sarawak. Beliau begitu berminat dengan hasil kerja tangan saya dan meminta saya jahitkan manik untuk baju kurung suteranya sebanyak 4 helai. Beliau inginkan jahitan manik di setiap corak bunga di baju kurungnya dan salah satu dari bajunya saya mereka corak di bahagian leher dan juga tangan (permintaan dari empunya baju). Ini lah hasilnya yang mendapat pujian dari pemiliknya. Alhamdullillah :)







Kuntuman Indah

Baju kurung ini adalah milik bos di tempat kerja housemate saya. Beliau inginkan corak di bahagian leher dan juga tangan baju tersebut. Saya designkan corak bunga - bungaan yang diberi nama "Kuntuman Indah".

Wednesday, December 1, 2010

Tempahan Hari Raya dari Kak Roha - KL

Design ini saya reka khas untuk baju kurung anak perempuan Kak Roha. Beliau merupakan salah seorang pelanggan tetap saya :-) 


Di jahit di bahagian leher dan tangan baju. Semoga berseri di pagi hari raya. 

Terima kasih Kak Roha :-)
















Baju Raya - Jahitan manik ikut corak

Baju kurung sutera batik lukis dari Terengganu ini sungguh cantik coraknya. Seorang kakak telah menyuruh saya jahitkan manik untuk baju raya anaknya yang sedang study di luar negara. "Ikut Za la nak jahit macam mana pun baju tu, akak tak kisah" itu lah jawapan yang diberi bila saya menyoalnya.

Setelah lama saya berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan utk menjahit manik mengikut corak batik pada baju kurung tersebut. Selama 1 minggu menjahitnya, ini lah hasilnya :)








Persalinan untuk Majlis Pernikahan - Kak Sha from JB

"Za, boleh tolong Kak Sha jahitkan manik utk baju nikah tak?" itu sms yang saya terima pada suatu petang. Kak Sha adalah officemate saya semasa saya bekerja di Johor. Selama 2 minggu saya jahitkan manik utk baju nikahnya yg bewarna hijau epal.


Selapas dia menerima baju nikahnya, terus dia sms, "WOW!!..cantiknya!!! tak sia2 Kak Sha antar jauh2, thx Za :) " Ini lah hasil jahitan manik saya pada baju  nikah Kak Sha :)












Corset

Tempahan kali ini datanganya dari salah sebuah butik tempahan pakaian yang berada di Medan Mara, Jalan TAR. Kak Ramlah meminta saya jahitkan simple design untuk corset yang ditempah oleh customernya. Inilah hasilnya.



Persalinan untuk Majlis Pertunangan - Fidza

Persalinan Pertunangan ini datangnya dari Fidza. Beliau meminta saya designkn corak mengikut design pilihannya. Purple menjadi warna pilihan untuk busananya. Ditaburi dengan kuntuman 'purple blossom' di bahagian hujung tangan dan hujung baju, inilah hasilnya. Selamat Bertunang Fidza.








Selendang ini Fidza meminta saya jahitkan corak yang sama dengan bajunya. Inilah hasilnya.




Friday, November 26, 2010

Wedding Dress - Syazrah - Putrajaya

Syazrah adalah ex officemate saya, sekarang beliau bekerja di Putrajaya. Beliau menyuruh saya jahitkan manik untuk 1 persalinan pernikahannya (selendang, tudung & baju). Baju nikahnya hanya kain putih kosong dan beliau menyuruh saya designkan. Dalam masa yang sama, beliau juga mahukan saya jahitkan manik pada tudung dan buatkan selendang untuknya. Ini lah hasil jahitan saya untuk beliau pakai pada hari bersejarahnya...















Persalinan untuk Majlis Pernikahan

Persalinan untuk pernikahan ini saya terima dari sebuah butik di ibu kota. Pemilik butik itu menyuruh saya jahitkan manik di bahagian baju, kain dan jugak selendang yang panjangnya 2 meter. Persalinan ini mempunyai kain yang panjang berbentuk bulat di bahagian belakang tetapi saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambarnya. Design yang saya reka di bahagian kain ini dijahit mengelilingi kain dengan pelbagai jenis sequin,manik dan pearl. Pemilik baju ini melangsungkan hari pernikahannya di luar negara.