Syazrah adalah ex officemate saya, sekarang beliau bekerja di Putrajaya. Beliau menyuruh saya jahitkan manik untuk 1 persalinan pernikahannya (selendang, tudung & baju). Baju nikahnya hanya kain putih kosong dan beliau menyuruh saya designkan. Dalam masa yang sama, beliau juga mahukan saya jahitkan manik pada tudung dan buatkan selendang untuknya. Ini lah hasil jahitan saya untuk beliau pakai pada hari bersejarahnya...
Notice
Sedia menerima tempahan :
1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll
2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll
Persalinan untuk Majlis Pernikahan
Persalinan untuk pernikahan ini saya terima dari sebuah butik di ibu kota. Pemilik butik itu menyuruh saya jahitkan manik di bahagian baju, kain dan jugak selendang yang panjangnya 2 meter. Persalinan ini mempunyai kain yang panjang berbentuk bulat di bahagian belakang tetapi saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambarnya. Design yang saya reka di bahagian kain ini dijahit mengelilingi kain dengan pelbagai jenis sequin,manik dan pearl. Pemilik baju ini melangsungkan hari pernikahannya di luar negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)