Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Thursday, December 22, 2011

Tempahan dari Kak Gee - Kuala Lumpur

Tempahan kali ini datangnya dari Kak Gee yang sememangnya regular customer ZHB :-) Warna oren keemasan menjadi pilihan Kak Gee untuk baju kurung pesaknya.

Inginkan design berkerawang yang dihiasi dengan glass pearl, glass beads dan aryclic stone serta diperindahkan lagi dengan taburan diamond swarovski. Semoga Kak Gee menyukainya :-)


Sms yang saya terima daripada Kak Gee :-)

 Design di bahagian leher baju.


 Design di bahagian hujung tangan baju.


 Close-up

Selepas ini ada beberapa lagi tempahan dari Kak Gee akan saya update dari masa ke semasa :-)

Terima kasih tidak terhingga buat Kak Gee kerana sudi menjadi pelanggan tetap ZHB :-)

Sunday, November 27, 2011

Sal Engagement Photo - Johor

Selamat Bertunang ZHB ucapkan kepada adik Sal. Brooch Hand Bouquet yang telah ditempah oleh butik pengantin milik Rosmah telah digunakan oleh adik Sal untuk majlis pertunangannya.

Terima kasih Rosmah diatas kiriman gambar majlis pertunangan adik Sal dan terima kasih juga kerana sudi menempah Brooch Hand Bouquet dari ZHB.



Tuesday, November 22, 2011

Brooch Hand Bouquet - Rosmah - Johor

Alhamdullillah, dalam beberapa hari product terbaru ZHB ini diiklankan, sudah mendapat tempahan. Ini adalah salah satu tempahan yang sudah disiapkan.

Brooch Hand Bouquet ini ditempah oleh Puan Rosmah dari Johor untuk butik pengantinnya. Gabungan pelbagai jenis brooch dan warna serta dihiasi dengan organza dan ribbon dari warna pink dan putih.

Semoga Puan Rosmah menyukainya.


Monday, November 21, 2011

Julie's Wedding Photo

Selamat Pengantin Baru diucapkan dari ZaZa Home Boutique untuk mempelai iaitu Julie dan Shahril. Terima kasih diatas kesudian memberi gambar yang cukup cantik ini.

 Majlis Pernikahan - Jelas terpancar cahaya kebahagian setelah selamat bergelar isteri diserikan lagi dengan Brooch Hand Bouquet ditangannya.

 Wedding Guest Book yang dipenuhi dengan tandatangan dan 'wish' dari para tetamu dan sahabat.

Saturday, November 19, 2011

Felt Book Mark - FAD

Felt book mark ini tempahan dari Faizah untuk dihadiah kepada sahabatnya sempena Hari Jadi sahabatnya. Semoga sahabatnya menyukai hasil kerja tangan saya.

 Gambaran penuh book mark untuk sahabat Faizah.

 Mengunakan 2 felt yang berbeza warna untuk ukiran nama sahabatnya. Saya lekatkan brad "Happy Birthday"

 Saya hasilkan 2 kuntum bunga yang berbeza warna dan dihiasi dengan flower button di tengahnya.

Close-up kuntuman bunga.

Felt Book Mark - Kak Ross & ZaZa

Book mark ini saya hasilkan dari felt dan hard cover. Sesuai untuk mereka yang gemar membaca untuk dijadikan "book mark" buku-buku mereka.

Sesiapa yang berminat, boleh email tempahan anda :-)

 Book mark ini saya hasilkan untuk sahabat saya di Johor, Kak Ross.

 Book mark warna purple itu khas untuk saya :-)

2 kuntum bunga felt saya gamkan di hujung book mark Kak Ross.

 2 bentuk hati yang dihiasi dengan sequin bunga digamkan di hujung book mark milik saya
.
 2 contoh book mark yang telah saya hasilkan.

Brooch Hand Bouquet - Julie's Wedding

Keluaran terbaru dari ZaZa Home Boutique iaitu Brooch Hand Bouquet. Julie merupakan pelanggan pertama yang menempah Brooch Hand Bouquet. Ingin mencari kelainan dari pasangan-pasangan pengantin lain yang kebanyakannya menggunakan fresh flower.

Brooch Hand Bouquet ini boleh dijadikan sebagai "sentimental value" perkahwinan anda berbanding dengan fresh flower yang semakin hari semakin layu kelopaknya.

Inilah Brooch Hand Bouquet yang dihasilkan untuk Julie.

 Brooch Hand Bouquet untuk majlis perkahwinan Julie

 Dihasilkan dengan pelbagai jenis brooch

 Gambaran penuh Brooch Hand Bouquet

 Salah satu brooch yang digunakan

 Dihiasi dengan organza dan ribbon dari warna yang sama iaitu putih.

Kepada sesiapa yang ingin mencari kelainan pada hari bersejarah anda, sila emailkan tempahan anda kepada ZaZa Home Boutique.

Wedding Guest Book - Julie's Wedding

Custom-made Wedding Guest Book ini juga merupakan salah satu produk terbaru dari ZaZa Home Boutique ditempah oleh Julie untuk majlis perkahwinannya. Beliau meminati warna hijau dan merupakan warna tema untuk majlisnya.

Inilah hasilnya :-)

 Wedding Guest Book untuk pasangan Julie dan Shahril

Tulisan yang diprint dengan warna hijau ditampal di bahagian hadapan cover Wedding Guest Book

Soft green lace, white and glod ribbon and big brooch untuk hiasan cover Wedding Guest Book

Menggunakan Velvet Wraping Paper dan dihias dengan crystal swarovski di bahagian hadapan cover Wedding Guest Book

Gambar pasangan bakal pengantin ini saya lekatkan di atas sekeping design paper besertakan printed wording yang dihias dengan crystal swarovski.

"Thank You Wish" dari pasangan pengantin ini saya print di atas kertas A4 dengan dihiasi design berkerawang.

Design kerawang ini diprint di bahagian penjuru kiri atas pada setiap helaian wedding guest book ini.

"Our Special Wedding Day - November 20, 2011 Julie & Shahril" diprint di bahagian atas penjuru setiap helaian.

 "Thank you for taking part in our special day.." diprint di pejuru bawah setiap helaian.

 Wedding Guest Book ini di binding mengunakan wire binding. Mempunyai ketebalan lebih dr 150 helaian. Kertas tebal dijadikan cover untuk Wedding Guest Book ini.

Logo ZaZa Home Boutique ini diprint dan ditampal di bahagian penjuru bawah cover belakang Wedding Guest Book ini untuk tujuan promosi.


Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, sila email tempahan anda.









Welcome Note - Julie's Wedding

Welcome Note ini juga ditempah oleh Julie sempena hari perkahwinannya pada 20 November 2011.

Saya mengunakan White Frame yang berukiran emas sedondon dengan warna tema majlis perkahwinannya, white-green-gold.








Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Welcome Note ini, sila email tempahan anda :-)

Friday, October 7, 2011

ZaZa Home Boutique Label



Assalammuaalaikum & Salam Sejahtera semua :-)

Kini ZHB (ZaZa Home Boutique) telah mempunyai label sendiri..hehehe :-) Segala hasil crafts yang dihasilkan oleh ZHB akan disertakan dengan label ini. Ini kerana untuk memudahkan para pelanggan mengenalpasti hasil crafts dihasilkan oleh siapa. Selain itu boleh mempromosikan ZHB kepada orang lain :-)

Label ini diperbuat dari ribbon satin oleh Kucinpurple . Sesiapa yang berminat,sila hubungi beliau :-)

Wednesday, September 21, 2011

NEW CRAFTS IT'S COMING SOON!!!!

Assalammuaalaikum,

Sudah terlalu lama rasanya tidak meng-update blog bahagian ZaZa Sweet Crafts ni..harap maaf kerana kesibukan kerja dan tempahan-tempahan jahitan manik sebelum ini.

"New Crafts It's Coming Soon!!!!" 

Tetiba ajer kan letak title macam tu..hehehe..bukan apa,saja nak suprise kat u all :-) memang ada new crafts dari ZaZa Sweet Crafts..new crafts ni nanti boleh laa u all beli atau ditempah mengikut design yang  u all mahukan :-)


Tentu u all tertanya-tanya kan new crafts apa yang akan ZaZa Sweet Crafts hasilkan :-) so, just wait & see & always visit my blog for new update :-)

Wait for my new crafts ;-)

Tuesday, September 6, 2011

Tempahan Hari Raya dari Eja - Kuala Lipis

Eja merupakan salah seorang regular customer saya yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Inginkan rekaan 'patch lace' untuk baju kurung modennya yang khas dipakai di pagi hari raya nanti.

Lace berwarna hitam yang disusun melingkari bahagian hadapan baju dihiasi dengan kuntuman '3D Flowers' warna senada serta ditaburi diamond swarovski menambahkan lagi seri baju dan pemakainya.

Sejurus menerima kiriman parcel dari saya, Eja terus menghantar 'sms' kepada saya....






Alhamdullillah, Terima kasih Eja :-) dan inilah hasilnya buat tatapan semua.


Sebelum :


Selepas :









Crumble Lace buat ibu mentua ku, Che Yah - Kedah

Inginkan design yang simple untuk baju kurungnya, saya telah jahitkan design 'crumble lace' yang tidak terlalu sarat di bahagian tangan baju. Inilah hasilnya buat tatapan ibu mentua ku dari Sungai Petani, Kedah :-)