Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Friday, January 7, 2011

Organza Corsage

Corsage yang diperbuat dari gabungan 3 warna lembut jenis organza diperhiaskan lagi dengan purple lace yang disinari dengan acrylic stone warna senada menambahkan lagi seri kepada si pemakai.


Kuntuman bunganya dihiasi dengan glass pearl yang berwarna terang menambahkan lagi keseriannya di samping kepingan - kepingan daun yang keemasan. Sesuai di pakai untuk  majlis-majlis keraian.





Tempahan atau pembelian boleh dibuat dengan cara menghubungi ZBB. Rekaan serta warna fabric boleh diubah mengikut kehendak pelangan. Jika ingin menempah dalam kuantiti yang banyak, sila maklumkan kepada ZBB dalam tempoh 2 minggu dari tarikh yang diingini. Harap Maklum


ZaZa Beads Boutique
017 - 348 7252 (ZaZa)












Thursday, January 6, 2011

Handmade Black Satin & Soft Grey Net Flower Corsage - Brooch Pin

Kali ini ZBB menggabungkan 2 jenis fabric iaitu  black satin dengan soft grey net untuk menghasilkan "Cabbage Rose Corsage". Selain dari 'hair clip', ZBB juga menghasilkan 'brooch pin'.







Selain dijadikan brooch untuk tudung, ia juga boleh dijadikan hiasan beg tangan anda.

Setiap kelopak dijahit berselang seli serta diserikan dengan grey arcylic stone di tengahnya. "Brooch Pin" dijahit sebelum ditampal dengan gam khas dengan fabric satin yang sama warnanya.

Untuk tempahan atau pembelian, sila hubungi pihak ZBB. Rekabentuk,saiz dan warna boleh diubah mengikut permintaan. Jika menempah dalam kuantiti yang banyak, sila maklumkan kepada pihak ZBB 2 minggu awal dari tarikh yang diingini.

Handmade Black Satin Flower Corsage - Hair Clip

Selain fabric organza, satin jugak digunakan dalam penghasilan "Fabric Flowers" ini. Mengunakan fabric satin yang berwarna hitam serta diserikan dengan grey acrylic stone yang berbentuk bunga ditengahnya maka terhasil lah  sekuntum bunga yang akan menghiasi mahkota indah milik empunya.





Kuntuman bunga dilekatkan mengunakan gam khas di atas hair clip (metal).

Setiap kelopak dijahit dengan kemas dan teliti untuk penghasilan yang kemas dan cantik.

Tempahan atau pembelian boleh dibuat dengan cara menghubungi ZBB. Rekaan serta warna fabric boleh diubah mengikut kehendak pelangan. Jika ingin menempah dalam kuantiti yang banyak, sila maklumkan kepada ZBB dalam tempoh 2 minggu dari tarikh yang diingini. Harap Maklum.

Handmade Organza Flower Corsage - Hair Clip




Dengan mengunakan fabric organza, digabungkan dengan 3 warna lembut seperti soft green, purple dan gold maka terhasil kelopak-kelopak indah sekuntum bunga yang diserikan lagi dengan green acrylic stone di tengahnya.

Kuntuman indah ini dilekatkan di atas hair clip (metal) dan diserikan dengan sehelai daun yang berwarna gold. Kesuluruhan penghasilan kuntuman indah ini hanya dijahit rapi setiap kelopaknya.

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan atau ingin membelinya sila hubungi ZBB. Warna dan rekaan boleh diubah-ubah mengikut permintaan.

Handmade Fabric Flowers

Sebelum ini ZBB telah mengumumkan produk terbaru dalam hasil kerja tangannya. "Handmade Fabric Flowers" adalah produk terbaru ZBB :-) mungkin telah ramai yang mengetahui tentang "Fabric Flowers" ini.


Oleh kerana minat yang mendalam dalam seni kraf tangan, maka terhasil lah produk ini. ZBB sedia menerima tempahan untuk produk terbaru ini selain menjualnya.


Di sini ZBB mempamerkan beberapa  "Handmade Fabric Flowers" yang telah dihasilkan.

Wednesday, January 5, 2011

NEW PRODUCT FOR NEW YEAR 2011

Assalammuaalaikum & salam sejahtera kepada semua yang mengikuti perkembangan ZaZa Beads Boutique "(ZBB)". Rasanya masih belum terlambat lagi untuk ZBB ucapkan  SELAMAT TAHUN BARU 2011, semoga dlm tahun baru ini kita semua mendapat hidayah & rahmat dari Nya serta dimurahkan rezeki, InsyaAllah.. AMIN.

Sempena di tahun baru ini, ZBB telah menghasilkan beberapa jenis produk baru selain dari  jahitan manik. Untuk mengetahuinya sila mengikuti perkembangan selanjutnya selepas ini :)