Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Wednesday, September 21, 2011

NEW CRAFTS IT'S COMING SOON!!!!

Assalammuaalaikum,

Sudah terlalu lama rasanya tidak meng-update blog bahagian ZaZa Sweet Crafts ni..harap maaf kerana kesibukan kerja dan tempahan-tempahan jahitan manik sebelum ini.

"New Crafts It's Coming Soon!!!!" 

Tetiba ajer kan letak title macam tu..hehehe..bukan apa,saja nak suprise kat u all :-) memang ada new crafts dari ZaZa Sweet Crafts..new crafts ni nanti boleh laa u all beli atau ditempah mengikut design yang  u all mahukan :-)


Tentu u all tertanya-tanya kan new crafts apa yang akan ZaZa Sweet Crafts hasilkan :-) so, just wait & see & always visit my blog for new update :-)

Wait for my new crafts ;-)

Tuesday, September 6, 2011

Tempahan Hari Raya dari Eja - Kuala Lipis

Eja merupakan salah seorang regular customer saya yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Inginkan rekaan 'patch lace' untuk baju kurung modennya yang khas dipakai di pagi hari raya nanti.

Lace berwarna hitam yang disusun melingkari bahagian hadapan baju dihiasi dengan kuntuman '3D Flowers' warna senada serta ditaburi diamond swarovski menambahkan lagi seri baju dan pemakainya.

Sejurus menerima kiriman parcel dari saya, Eja terus menghantar 'sms' kepada saya....






Alhamdullillah, Terima kasih Eja :-) dan inilah hasilnya buat tatapan semua.


Sebelum :


Selepas :









Crumble Lace buat ibu mentua ku, Che Yah - Kedah

Inginkan design yang simple untuk baju kurungnya, saya telah jahitkan design 'crumble lace' yang tidak terlalu sarat di bahagian tangan baju. Inilah hasilnya buat tatapan ibu mentua ku dari Sungai Petani, Kedah :-)







Tempahan Hari Raya dari Kak Ema - KL

Tempahan untuk hari raya kali ini datangnya dari Kak Ema yang merupakan salah seorang rakan office saya :-) Baju kurung moden ini khas untuk anak perempuannya yang sudah pandai bergaya. Inilah hasilnya yang membuat si kecil tersenyum riang pabila terlihat bajunya.

Terima kasih Kak Ema :-)







Tempahan Hari Raya dari Kak Gee - KL

Kak Gee merupakan regular customer saya :-) Beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk mereka design yang sesuai untuk bajunya kali ini. 


Dengan rekaan yang ringkas dari arcylic stone telah memberi kelainan dari tempahan-tempahan sebelumnya. Semoga Kak Gee menyukainya :-)








Tempahan Hari Raya dari Rosnita Ahmad - KL

Tempahan ini datangnya dari sahabat office saya, Puan Rosnita. 1st time membuat tempahan dengan saya, terima kasih Puan Rosnita :-)

Aryclic stone dan diamond swarovski menjadi pilihan untuk baju kurung beliau dan inilah hasilnya. Semoga bertambah seri di pagi hari raya :-)














Manik Beriring untuk bonda, Puan Khatijah - Johor

Jahitan manik beriring menjadi pilihan bonda ku untuk baju kurungnya. Dipakai semasa Convocation Day adik ku di Melaka. Dijahit di bahagian tangan baju dan kaki baju sebanyak 4 lines. Inilah hasilnya :-)