Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Sunday, December 30, 2012

Crumble Pearls

Kak Ram merupakan pelanggan tetap saya :-) kali ini beliau inginkan design crumble dari glass pearls untuk baju kurung dari jenis fabric chiffon.

Saya jahitkan di bahagian tangan baju kurung dengan glass pearls dari pelbagai saiz dan warna. Inilah hasilnya yang mendapat pujian dari Kak Ram. Terima kasih Kak Ram.


Crumble pearls di bahagian tangan baju


Pelbagai saiz dan warna 


gabungan glass pearls dan glass beads

Crumble Lace Red & Black

Tempahan ini datangnya dari Nik yang berada di Putrajaya. Inginkan design crumble untuk baju kurung merahnya.

Saya gunakan lace gabungan warna merah dan hitam untuk menyerlahkan lagi jahitannya. Dijahit dengan pelbagai jenis sequin, glass pearls, glass beads dan aryclic stone.

Inilah hasilnya yang memberi kepuasan pada Nik. Terima kasih dear :-)


Crumble Lace di bahagian tangan baju


Dihiasi dengan aryclic stone, sequin dan glass beads


Aryclic stone dijahit di bahagian daun lace dan dihiasi dengan glass pearls

Crumble Gold Lace

Tempahan ini dari sahabat saya, Surniza untuk baju adik iparnya. Inginkan design crumble lace di bahagian leher dan juga hujung tangan baju kurung modennya.

Saya jahitkan dengan pelbagai jenis glass pearls, glass beads dan sequin. Saya juga mengunakan fabric flower untuk memberikan kelainan di atas lace yang berwarna gold.

Inilah hasilnya.


Bahagian Leher & Tangan Baju 


Fabric Flower


Pelbagai jenis glass pearls, sequin & glass beads

Saturday, December 29, 2012

Bunga Telur - Teddy Bear

"Bunga Telur" merupakan penyeri dan juga cenderahati kepada tetamu di dalam setiap majlis keraian terutama majlis perkahwinan, dan majlis cukur rambut.

ZHB menghasilkan kelainan didalam hiasan "Bunga Telur" iaitu pengunaan span. Ia boleh menghasilkan pelbagai jenis kraf, antaranya "Teddy Bear". Teddy Bear ini dijadikan sebagai bunga telur yang menarik dan boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut citarasa pelangan.

Ia juga amat sesuai dijadikan cenderahati di dalam majlis yang melibatkan kanak-kanak.

Kepada yang berminat, sila email tempahan anda sekarang.


Bunga Telur - Teddy Bear


Blue Teddy Bear - Front & Back


Purple Teddy Bear - Front & Back

Tuesday, August 7, 2012

Handmade Hand Bouquet - Felt Roses & Butterfly Brooch

Tempahan kali ini datangnya dari Yatimah yang berada di Kluang, Johor. Handmade Hand Bouquet ini adalah untuk Majlis Perkahwinan adik iparnya yang akan berlangsung pada 25 Ogos 2012 ini.

Inginkan warna tema majlis iaitu Merah dan Krim, ZHB menghasilkan kuntuman rose mengikut warna yang dikehendaki.

Inilah hasilnya..enjoy viewing ;-)


Handmade Hand Bouquet - Felt Rose & Butterfly Brooch


Dihiasi dengan Butterfly Charm dan Butterfly Brooch


Kilauan diamond swarovski menambahkan lagi keindahan setiap bunga rose ini


Di bahagian bawahnya pula dihiasi dengan susunan daun maple berwarna merah serta ditambahkan lagi perincian aryclic stone dan glass pearl.


Pemegang untuk bunga tangan ini dililit dengan reben satin berwarna krim dan dihiasi dengan susunan diamond swarovski.

Sunday, June 24, 2012

Bunga Telur

Satu lagi produk terbaru keluaran ZaZa Home Boutique iaitu "Bunga Telur". Bunga Telur sudah menjadi salah satu hiasan yang wajib di dalam setiap majlis perkahwinan dan ia juga dijadikan sebagai cerderahati kepada tetamu yang hadir.

Bunga Telur yang dihasilkan oleh ZHB ini adalah 100% idea dari ZHB. Kepada yang berminat untuk menempah, sila email tempahan anda.

Bunga Telur - Pom-Pom
Bunga Telur - Ribbon
Bunga Telur - Rose Felt


Sunday, June 3, 2012

Majlis Pernikahan & Persandingan - Musalmah

Terima kasih kepada Rosmah dari Lovely Wedding Ross kerana sudi mengunakan Hand Bouquet yang dihasilkan oleh ZaZa Home Boutique untuk majlis pernikahan dan persandingan pelanggannya iaitu adik Musalmah di Endau, Johor pada 2nd June 2012.

Dengan ini saya sertakan gambar semasa majlis tersebut yang telah saya terima melalui email.

Selamat Pengantin Baru kepada mempelai dan terima kasih sekali lagi kepada owner Lovely Wedding Rose iaitu Rosmah :-)


Di majlis persandingan Musalmah


Di majlis persandingan Musalmah


Pengantin : Musalmah
Tarikh : 2nd & 3rd June 2012
Lokasi : Endau, Johor Darul Takzim
Perunding Perkahwinan : Lovely Wedding Ross (Rosmah)
Bunga Tangan : ZaZa Home Boutique

Friday, June 1, 2012

Handmade Hand Bouquet - Vintage - Shahida

Handmade Hand Bouquet - Vintage ini merupakan tempahan dari adik Shahida yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 1st June 2012 ini.

Vintage berupakan ciri-ciri pilihan untuk hand bouquetnya. Saya hasilkan dari gabungan pelbagai jenis brooch dan cincin yang mempunyai design-design yang bercirikan vintage. Ini lah hasilnya yang memberikan kepuasan kepada pemiliknya. Alhamdullillah :-)

Enjoy viewing :-)



Thursday, May 24, 2012

Tempahan dari Kak Shiha

Hanya ingin di bahagian hujung tangan baju sahaja dihias dengan design yang simple merupakan permintaan dari Kak Shiha. Beliau merupakan pelanggan tetap saya yang tidak pernah jemu menghantar baju-bajunya untuk dihiasi dengan perincian-perincian indah.

Design yang simple ini dijahit dengan aryclic stone, glass beads dan dihiasi dengan diamond swarovski. Inilah hasilnya yang memberi kepuasan kepada pemilik baju kurung ini :-)






Sunday, May 13, 2012

Handmade Hand Bouquet - Felt Roses + Brooch

Handmade Hand Bouquet ini saya buatkan khas untuk photo shoot Majalah Inspirasi Perkahwinan Jun 2012. Ia kini dimiliki oleh butik pengantin di kawasan Johor iaitu Lovely Wedding Rose :-) terima kasih Ross kerana sudi beli hand bouquet ini.












Wednesday, May 9, 2012

ZaZa Home Boutique kini di INSPIRASI PERKAHWINAN JUN 2012

Assalammuaalaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ZHB :-)

Syukur Alhamdullillah kerana salah satu produk yang dihasilkan oleh ZHB kini berada di Majalah Inspirasi Perkahwinan Edisi Jun 2012.

Ucapan ribuan terima kasih dari ZHB kepada Team Inspirasi Perkahwinan (IP) yang berminat dengan produk yang dihasilkan oleh ZHB untuk dimuatkan di dalam Majalah Inspirasi Perkahwinan Edisi Jun 2012.

Terima kasih juga kepada Editor IP, Puan Nissa yang telah menghubungi ZHB untuk membuat temujanji photo shoot produk ZHB. Wartawan IP, adik Emy yang cute dan ramah serta Jurufoto IP yang kreatif iaitu Encik Kamarul@Cikam yang amat cool :-)

Majalah Inspirasi Perkahwinan ini amat berguna sebagai rujukan kepada bakal-bakal pengantin kerana ia mengandungi pelbagai idea yang amat kreatif dan terkini. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada mereka yang mempunyai perniagaan secara 'online' seperti saya memperkenalkan produk-produk yang bekaitan dengan dunia perancangan perkahwinan.

Kepada sesiapa yang tidak memilikinya lagi silalah ke kedai-kedai buku yang berhampiran anda  untuk membelinya. Tidak akan rugi memilikinya :-)

Bersama ini, saya sertakan sebahagian gambar yang saya ambil semasa sesi photo shoot bersama adik Emy dan Encik Kamarul@Cikam di kediaman saya dan juga gambar produk ZHB di Majalah Inspirasai Perkahwinan Jun 2012.

Enjoy viewing!! ;-)


Inspirasi Perkahwinan Edisi Jun 2012

Produk keluaran ZaZa Home Boutique

Owner ZaZa Home Boutique : Puan Zaharah@ZaZa

Comment dari ZHB dalam Majalah IP keluaran May 2012

Bersama adik Emy (wartawan IP) & Encik Kamarul@Cikam (Jurufoto Kreatif IP) - sesi photo shoot

Saturday, March 31, 2012

Patching Lace with Crumble Pearls

Tempahan ini datangnya dari Kak Emma. Idea untuk jahitan manik di bajunya diserahkan 100% kepada ZHB :-) Terima kasih Kak Emma kerana mempercayai ZHB. Inilah hasilnya :-)










Saturday, March 17, 2012

Handmade Hand Bouquet - Felt Rose & Brooch

Entry sebelum ini, ZHB menghasilkan 2 jenis Handmade Hand Bouquet yang berasaskan  BROOCH, kali ini, ZHB membuat kelainan iaitu Handmade Felt Rose yang digubah menjadi Hand Bouquet, masih dihiasi dengan Brooch untuk menambahkan lagi keindahannya :-) Inilah hasilnya...semoga anda enjoy melihatnya :-)


Gambaran penuh Handmade Hand Bouquet


Pandangan dari atas


Gambaran keseluruhan


Close-up : Handmade Felt Rose & Brooch


Di bahagian pemegang dihias dengan Aryclic Stone



Kepada yang berminat untuk menempah Handmade Brooch Hand Bouquet, sila email tempahan anda sekarang :-)