Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Thursday, May 24, 2012

Tempahan dari Kak Shiha

Hanya ingin di bahagian hujung tangan baju sahaja dihias dengan design yang simple merupakan permintaan dari Kak Shiha. Beliau merupakan pelanggan tetap saya yang tidak pernah jemu menghantar baju-bajunya untuk dihiasi dengan perincian-perincian indah.

Design yang simple ini dijahit dengan aryclic stone, glass beads dan dihiasi dengan diamond swarovski. Inilah hasilnya yang memberi kepuasan kepada pemilik baju kurung ini :-)






Sunday, May 13, 2012

Handmade Hand Bouquet - Felt Roses + Brooch

Handmade Hand Bouquet ini saya buatkan khas untuk photo shoot Majalah Inspirasi Perkahwinan Jun 2012. Ia kini dimiliki oleh butik pengantin di kawasan Johor iaitu Lovely Wedding Rose :-) terima kasih Ross kerana sudi beli hand bouquet ini.












Wednesday, May 9, 2012

ZaZa Home Boutique kini di INSPIRASI PERKAHWINAN JUN 2012

Assalammuaalaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ZHB :-)

Syukur Alhamdullillah kerana salah satu produk yang dihasilkan oleh ZHB kini berada di Majalah Inspirasi Perkahwinan Edisi Jun 2012.

Ucapan ribuan terima kasih dari ZHB kepada Team Inspirasi Perkahwinan (IP) yang berminat dengan produk yang dihasilkan oleh ZHB untuk dimuatkan di dalam Majalah Inspirasi Perkahwinan Edisi Jun 2012.

Terima kasih juga kepada Editor IP, Puan Nissa yang telah menghubungi ZHB untuk membuat temujanji photo shoot produk ZHB. Wartawan IP, adik Emy yang cute dan ramah serta Jurufoto IP yang kreatif iaitu Encik Kamarul@Cikam yang amat cool :-)

Majalah Inspirasi Perkahwinan ini amat berguna sebagai rujukan kepada bakal-bakal pengantin kerana ia mengandungi pelbagai idea yang amat kreatif dan terkini. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada mereka yang mempunyai perniagaan secara 'online' seperti saya memperkenalkan produk-produk yang bekaitan dengan dunia perancangan perkahwinan.

Kepada sesiapa yang tidak memilikinya lagi silalah ke kedai-kedai buku yang berhampiran anda  untuk membelinya. Tidak akan rugi memilikinya :-)

Bersama ini, saya sertakan sebahagian gambar yang saya ambil semasa sesi photo shoot bersama adik Emy dan Encik Kamarul@Cikam di kediaman saya dan juga gambar produk ZHB di Majalah Inspirasai Perkahwinan Jun 2012.

Enjoy viewing!! ;-)


Inspirasi Perkahwinan Edisi Jun 2012

Produk keluaran ZaZa Home Boutique

Owner ZaZa Home Boutique : Puan Zaharah@ZaZa

Comment dari ZHB dalam Majalah IP keluaran May 2012

Bersama adik Emy (wartawan IP) & Encik Kamarul@Cikam (Jurufoto Kreatif IP) - sesi photo shoot