Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Thursday, July 18, 2013

Simple Crumble Glass Pearls - Engagement Dress

Tempahan ini juga telah lama siap. Hari ini baru ada kesempatan untuk upload dalam blog :-)

22 June 2013 merupakan hari yang bersejarah bagi adik Ila kerana beliau telah menjadi tunangan orang. Tahniah dik :-)

Perjumpan kami di Hometown White Coffee di bangunan CIMB bersebelahan SOGO adalah untuk berbincang mengenai design yang diingini. Inilah hasilnya yang memberi kepuasan padanya serta pujian dari kenalannya :-)







Crumble Pearls + Highlight Beading - Akak Azrimah, Kluang - Johor

Sebenarnya jahitan ni dah lama siap..dah pakai pun masa wedding day akak Azrimah ni :-) disebabkan kesuntukan masa, saya tak sempat nak update dalam blog.

Akak Azrimah ni simple orangnya, so dia pun nak simple design untuk wedding dressnya dari jenis kaftan. Material batik sutera. Dijahit di bahagian hujung tangan kaftan dan corak di bahagian hadapan kaftan.

Selain dari itu, saya buatkan Handmade Wedding Corsage untuknya. Inilah hasilnya :-)

** Crumble Pearls + Highlight Beading **




** Handmade Wedding Corsage **



Handmade Brooch Hand Bouquet - Amalia Ali, Bintulu, Sarawak

Saya terima message dari adik Amalia melalui facebook https://www.facebook.com/zazahomeboutique untuk menempah handmade hand bouquet yang dibuat dari brooch. Pada mulanya saya keberatan untuk terima tempahannya kerana masa yang terlalu singkat tetapi kerana kesiankan adik Amalia yang bersungguh-sungguh, saya terima juga :-) lagi pun adik Amalia ini asalnya dari Bintulu..jauhnyaaa....so saya buatkan juga tempahan untuknya untuk tidak menghampakan harapannya.

Selain dari hand bouquet, saya ada buatkan  Handmade Wedding Corsage untuknya sebagai tanda terima kasih saya pada adik Amalia yang telah mempromosikan hasil kerja tangan saya kepada kenalannya :-)

Inilah hasilnya Handmade Brooch Hand Bouquet mengikut citarasa adik Amalia yang telah melangsungkan perkahwinannya pada June 2013 lepas. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa, InshaAllah :-)

** Handmade Brooch Hand Bouquet **





** Handmade Wedding Corsage **