Notice

Sedia menerima tempahan :

1) Jahitan Manik
- Baju Kurung
- Pakaian Pengantin
- Tudung, dll

2) Kraf
- Bunga Tangan
- Bunga Telur
- Door Gift, dll

Sunday, June 24, 2012

Bunga Telur

Satu lagi produk terbaru keluaran ZaZa Home Boutique iaitu "Bunga Telur". Bunga Telur sudah menjadi salah satu hiasan yang wajib di dalam setiap majlis perkahwinan dan ia juga dijadikan sebagai cerderahati kepada tetamu yang hadir.

Bunga Telur yang dihasilkan oleh ZHB ini adalah 100% idea dari ZHB. Kepada yang berminat untuk menempah, sila email tempahan anda.

Bunga Telur - Pom-Pom
Bunga Telur - Ribbon
Bunga Telur - Rose Felt


Sunday, June 3, 2012

Majlis Pernikahan & Persandingan - Musalmah

Terima kasih kepada Rosmah dari Lovely Wedding Ross kerana sudi mengunakan Hand Bouquet yang dihasilkan oleh ZaZa Home Boutique untuk majlis pernikahan dan persandingan pelanggannya iaitu adik Musalmah di Endau, Johor pada 2nd June 2012.

Dengan ini saya sertakan gambar semasa majlis tersebut yang telah saya terima melalui email.

Selamat Pengantin Baru kepada mempelai dan terima kasih sekali lagi kepada owner Lovely Wedding Rose iaitu Rosmah :-)


Di majlis persandingan Musalmah


Di majlis persandingan Musalmah


Pengantin : Musalmah
Tarikh : 2nd & 3rd June 2012
Lokasi : Endau, Johor Darul Takzim
Perunding Perkahwinan : Lovely Wedding Ross (Rosmah)
Bunga Tangan : ZaZa Home Boutique

Friday, June 1, 2012

Handmade Hand Bouquet - Vintage - Shahida

Handmade Hand Bouquet - Vintage ini merupakan tempahan dari adik Shahida yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 1st June 2012 ini.

Vintage berupakan ciri-ciri pilihan untuk hand bouquetnya. Saya hasilkan dari gabungan pelbagai jenis brooch dan cincin yang mempunyai design-design yang bercirikan vintage. Ini lah hasilnya yang memberikan kepuasan kepada pemiliknya. Alhamdullillah :-)

Enjoy viewing :-)